BAGAIMANA JANA 4 ANGKA SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE

BAGAIMANA JANA 4 ANGKA SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE


BAGAIMANA JANA 4 ANGKA SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE



Al-Kisahnya.....!
Pada mulanya, saya berniaga di Shopee ini senyap-senyap je!
Saya buat sendiri-sendiri je... Memang takder lah nak mengajar atau bagitahu kat sesiapa pun!
Tapi! Pandangan saya berubah apabila saya bertemu dengan beberapa orang kenalan rapat yang mengadu kepada saya tentang masalah mereka untuk menjana pendapatan sampingan serta mendapatkan jualan bagi perniagaan mereka!
Ini kisah mereka...

Kisah #1 - Mr Goon, Pemilik Kedai Baju Yang Hampir Tutup!

Mr Goon ini adalah pemilik kedai menjual pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air, sebelum ini dia dah ada 4 buah kedai, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya jatuh merosot, 3 kedainya terpaksa ditutup dan dia hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja yang terus dibuka sebab mahu mengurangkan kos. Dia ada ceritakan masalah yang dihadapi kepada saya dan dia  tidak pasti sampai bilakah 1 kedai dia tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari. 
Saya pun ceritalah kat dia macam mana cara saya menjual di Shopee. Tanpa berlengah, dia pun cuba  mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee dia, hasilnya, pendapatan dia  kini semakin meningkat dengan kos yang menurun, dia  berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee. 

Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung kompleks tersebut, kini pakaian yang di jual telah sampai ke seluruh Malaysia.  Sekarang dia dah buka 4 kedai baru, tapi bukan kedai kat  kompleks tu... tetapi kedai di Shopee dengan pelbagai nama.

Kisah #2 - En. Rahman, Gaji Tak Cukup & OT Kena Sekat!

En Rahman ni usianya sudah 50 tahun, dia seorang pekerja kerajaan pangkat biasa-biasa sahaja. Bila jumpa dia, selalu dia merungut tentang pendapatannya yang tidak cukup dan OT yang telah disekat. 

Jadi, saya pun perkenalkan Shopee kepada dia. Walaupun dia adalah seorang yang boleh dikatakan agak berumur dan buta IT, tetapi dia mudah faham apabila menggunakan Apps Shopee ini.

Dengan hanya berbekalkan handphone Samsung Galaxy yang ada, dia telah mendownload Apps Shopee dan mula belajar.

Sebelum itu, dia kerap membeli produk menambah kekuatan tenaga lelaki daripada seorang penjual. Jadi, saya cadangkan kepada dia untuk bertanya kepada penjual itu, samada penjual tu ada menawarkan dropship atau borong. 

Nasib dia baik sebab penjual tu bersetuju menawarkan dropship kepadanya dan keuntungan setiap barang agak lumayan!  RM50 untung bersih untuk satu produk. 

En Rahman pun cuba-cuba memasukkan info produk tersebut di dalam kedai Shopeenya, dan tidak lama selepas itu, dia dapat pelanggan pertama. Apa lagi, terus dia call penjual tadi tu dan tempah produk daripada penjual itu. Kemudian penjual itu terus hantar produk tu kepada pembelinya. Dalam minggu pertama, dia dah berjaya dapat 10 orang pembeli dengan keuntungan bersih sebanyak RM500 seminggu. Sekarang kedai En. Rahman semakin hebat dengan beratus-ratus jenis produk, pelanggan semakin bertambah dan dia  tidak lagi memerlukan OT dan sedang berkira-kira untuk pencen awal.

Kisah #3 - Kartini, Awek Baru Lepas Grad!

Cik Kartini, 25 tahun seorang lulusan Ijazah daripada universiti tempatan, dia gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya walaupun telah hadir berpuluh-puluh temuduga. 

Bagi menampung pendapatan, dan membantu ibu bapanya, dia telah bekerja di sebuah supermarket berhampiran rumahnya sebagai promoter. Gaji yang dia  terima adalah untuk kelayakan SPM sahaja, tetapi memandangkan peluang kerjaya masih belum ada untuknya, dia teruskan juga bekerja disitu.

Apabila saya menerangkan tentang konsep Shopee kepada dia dan dia menggunakan kelebihan bekerja disitu dan mengamalkan Teknik Firefighter (ada saya kongsikan dalam ebook), dia semakin seronok bekerja sambil-sambil menjual di Shopee, sekarang pendapatan dari Shopee dia dah cecah 5 kali ganda daripada gaji seorang promoter. Dia masih lagi bekerja sebagai promoter sambil-sambil ber"Shopee" kerana bisnes Shopee yang dia lakukan itu tidak langsung mengganggu kerja dia sebagai promoter!

Kisah #4 - Puan Jamilah,  Kerani Yang Selalu Sakit!

Puan Jamilah, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan saya terpanggil untuk mengajar dia menjual di Shopee. 

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya. Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.

Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.

Hah!... begitulah kisahnya!
Setelah saya bertemu dan mengajarkan beberapa orang kenalan saya ini tentang Shopee dan melihat sendiri bagaimana Shopee ini dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik! 

Ianya telah mengubah pandangan dan menyuntik semangat saya untuk mengajarkan tentang Bisnes di Shopeeini kepada lebih ramai orang lagi!

Jadi.. saya pun mengambil keputusan untuk meluangkan masa menulis sebuah panduan berniaga di Shopee secara langkah demi langkah!  Selepas hampir 3 bulan mencuri-curi masa di dalam kesibukan mengurus order di Shopee...

Akhirnya.. terhasil lah....

Ebook Bisnes Shopee!!.

Banyak Ke Dapat Sale Kat Shopee?

BAGAIMANA JANA 4 ANGKA SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE
Ini adalah screenshoot dari salah satu akaun saya di Shopee! 

Nak cakap banyak sangat tu! Takderlah banyak sangat! Tapi Alhamdulillah, setiap minggu, bolehlah konsisten dapat jualan 4 angka! 

Manakala yang bawah ini pula adalah jualan keseluruhan salah satu kedai Shopee saya!

BAGAIMANA JANA 4 ANGKA SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari "Port Power" Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online! 

Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga DiShopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana  Sale 4 Angka Seminggu!


BACA LAGI >> KLIK SINI <<




0 Response to "BAGAIMANA JANA 4 ANGKA SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE"

Post a Comment

MASUKAN EMAIL ANDA

Dapatkan maklumat produk terbaharu dari wansiteshop menerusi email
Masukkan alamat email anda dalam kotak di bawah dan tekan butang 'Hantar'

Delivered by FeedBurner

Klik pada gambar dibawah untuk baca detail


gifs

Klik pada gambar dibawah untuk baca detail


gifs


ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com
[ Pingler ] [ Pingoat ] [ Picasion ] [ Blogger ]